Home | Akupuntur Strok | Akupuntur Kesuburan | Alzheimer COVID-19 | Pernafasan COVID-19 | Kanser COVID-19 | Diabetes COVID-19 | Kesuburan COVID-19 | Jantung COVID-19 | Paru-Paru COVID-19 | Parkinson COVID-19 | Tumor COVID-19 | Penyakit Buah Pinggang Kronik | Cerebral Palsy | Kreatinin | GFR | Buah Pinggang | Akupuntur | ADHD | Autism | Otak | Rawatan | Herba Kesuburan | Nokturia | TheTole ADHD | TheTole Otak | Rawatan Herba | Diabetes | Diabetes KL | Gangguan Pembelajaran
Buah pinggang ialah sepasang organ berbentuk kacang yang menjalankan fungsi penting mengekalkan kehidupan. Fungsi buah pinggang ialah:
Penyakit buah pinggang kronik (CKD) berlaku apabila buah pinggang tidak lagi dapat membersihkan toksin dan bahan buangan yang terdapat dalam darah. Keadaan ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang.
Salah satu perkara yang anda perlu tahu ialah penyakit buah pinggang mempunyai pelbagai peringkat dan mengetahui tahap penyakit anda adalah penting untuk menentukan kaedah rawatan anda. CKD mempunyai lima peringkat, bermula dengan peringkat 1 di mana buah pinggang masih berfungsi hampir normal, hingga kerosakan tahap 5 dan dikenali sebagai penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD). Pada peringkat ini, buah pinggang pesakit hanya berfungsi pada 10-15 peratus daripada kapasiti normal dan pesakit perlu menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang.
Dalam kebanyakan kes, ESRD (peringkat 5) hanya berlaku beberapa tahun selepas pesakit menghidap penyakit buah pinggang. Tetapi ada juga kes di mana buah pinggang berhenti berfungsi secara tiba-tiba dan keadaan ini dikenali sebagai 'acute kidney failure'. Tidak kira apa keadaan anda, jika anda telah disahkan menghidap ESRD, maka anda perlu menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang supaya anda boleh menjalani kehidupan yang sihat.
Treatmentherbscentre. All Rights Reserved.